Saturday, November 3, 2012

lempeng oat

... sarapan kami. Sebenarnya sejak bulan lepas ramai tegur mama berisi/naik badan/ nampak lain (semua tu bermaksud GEMUK le! he he he). Dari malam semalam lagi mama dah bercadang pagi-pagi ni nak masak lempeng je, anak-anak mama tak pernah mama ajar makan lempeng. Tak pa pagi ni anak-anak mama mula makan lempeng oat.

Tetapi masalahnya pagi tadi entah apa yang tak kena mama lapar sampai ke tahap - orang muda kata LAPAR GILA - terus panas nasi dan makan dengan ayam masak putih. Terus cerah nampak dunia...

Tetapi apapun mama terus juga buat lempeng dan TERUS JUGA MAKAN!



cicah dengan kari daging korban


siap bancuhan


guna non-stick pan - saja nak tunjuk he he he


ukuran senduk - korang ada?


dua keping boleh habis, ala kecik je no hal lah he he he




Resipi:
2 cawan oat segera
3 cawan tepung gandum
1 telur
3 1/2 cawan air
- campur dan masak dalam non-stick pan
* mama tak masuk garam sebab kari dah masin
* dapat 11 keping. Patut 12 keping tetapi yang akhir sengaja biar tebal dan yang tebal lebih sedap. Lain kali nak buat tebal sikit, mungkin 1 1/2 senduk tiap kali masak.

No comments:

Post a Comment