Saturday, September 1, 2012

kenduri pertama

... Dr R Fadhli Indra anak Dr. Didi dan Dr. Darnita (geng surau) pasangannya Dr Nik Nur Adila. Anak mereka - anak dan menantu juga doktor. Kami sampai sekitar 12.30 tengah hari tetamu belum ramai lagi, pengantin pun tak sempat tengok tetapi makanan memang sedap - kambing golek!

Tak rugi rasanya tak dapat menghadiri rumah terbuka sebab ada kambing, salad, bihun/mi sup utara, kuih-muih, beraneka air minuman. Saya cuma makan bihun sup dan sepotong kuih - tetapi lauk-pauk juga kelihatan sedap; Farhah & Luqman makan nasi. Saya minum tiga gelas air - air kosong, teh tarik dan air asam boi. Baru sebuah rumah - dah kenyang, ye le sebelum datang dah makan sepinggan makaroni goreng.







terjumpa geng surau Al-Mustaqim




No comments:

Post a Comment