Saturday, July 14, 2012

red velvet fried chicken (RVFC)

Ketika mencari resipi red velvet cake tempoh hari terpandang imej RVFC. Pagi ini saya mencari-cari resipi RVFC tetapi tidak disertakan cuma diberikan alamat restoran (semuanya di USA) yang menjualnya.

Apa lagi keluarlah ayat motivasi saya  'kita yang buat dia"!









gorengan pertama agak gelap


adunan tepung memang sedap



Resipi:
1 ayam - rebus dengan 2 cawan air + garam
1 1/2 cawan tepung
1 sudu makan serbuk koko
1 telur
1/2 cawan minyak
1/2 cawan air
1/2 cawan buttermilk (susu cair + 1 sudu cuka)
2 sudu gula
2 sudu makan pewarna merah
garam
* 1 sudu teh soda bikabonat
* 1 sudu teh cuka
- campur semua yang kering
- campur semua yang cecair kecuali soda + cuka
- akhir sekali masuk soda yang dicampur cuka
- goreng sehingga masak (jangan terhitam)

***Anekdot
Terjumpa resipi menggunakan adunan red velvet cake - rasa tak berapa berselera menggunakan 2 cawan gula, 1 cawan mentega, vanila dan koko untuk digukan dengan ayam. Terfikir juga ayam lambat masak, jadi saya rebus hingga kering airnya kemudian celup dalam adunan tepung.

No comments:

Post a Comment