Wednesday, July 4, 2012

DEBAT MUSLEH KE-3 2011

Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar Musleh Ke-3 dianjurkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Musleh Berhad (MUSLEH) dengan kerjasama World Assembly of Muslim Youth (WAMY), International Islamic University Malaysia (IIUM) & International Centre for Educational Excellence (ICEE). Ia adalah untuk mencungkil bakat pengucapan awam dan Bahasa Arab seterusnya meningkatkan tahap pemikiran kritis dalam diri peserta yang mengambil bahagian.
Ia berlangsung selama 4 hari iaitu pada 30 Jun 2011-3Julai 2011 bertempat di Hotel Putra, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. Penyertaan adalah terbuka  kepada pelajar Sekolah Menengah berumur 13 tahun-18 tahun.
Keputusan kejohanan bagi kategori debat Bahasa Melayu dimenangi oleh SBP Intergrasi Gopeng, bagi kategori debat Bahasa Inggeris dimenangi oleh SM Islam Hidayah Johor Bharu dan bagi kategori debat Bahasa Arab dimenangi oleh Madrasah Al Junied Al-Islamiah dari Singapura.


No comments:

Post a Comment