Sunday, April 8, 2012

pisang - kek/roti & lempeng

...pemberian Mak Aji pada 19 Mac lalu, pisang masih elok walaupun kulitnya buruk.
Selepas dua hari pemberian pisang masak semuanya dan disimpan dalam peti sejuk.






nak pangil kek @ roti?




lempeng /lempiang


kalau ada daun pisang tentu wangi daun terbakar!



Resipi Kek/Roti Pisang:
1 1/2 cawan pisang lecek
3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung
1/2 cawan minyak
2 biji telur
2 sudu kecil soda bikabonat
- pukul telur & gula
- masuk minyak
- masuk semua yang berbaki


Resipi Lempeng Pisang:
1 cawan pisang lecek
1 cawan tepung
1 telur (gunag baki epal tart)
2 sudu makan kelapa
garam, mentega
- campur semua
- masak dalam kuali leper


***Anekdot
Pisang jika disimpan di dalam peti sejuk boleh bertahan agak lama. Memandangkan pisang ini jenis kulit tebal, lebih dua minggupun masih elok lagi.
Jika pisang emas yang dibeli terlalu masak - lenyek, campur sedikit tepung gandum dan simpan dalam peti sejuk. Bila ingin menggorengnya (cucur kodok) tambah sedikit lagi tepung, gula dan garam.
Tok Leha - emak bapak menambah telur dalam adunan cucur kodok. Al-Fatihah

***Anekdot
Farhah yang buat tetapi mama yang arahkan. Mama bab arah mengarah memang hebat he he he.

Terima kasih Aah

No comments:

Post a Comment