Sunday, April 29, 2012

mempelam & yogurt

Rasa panas mungkin hujan petang ni. Selongkar peti sejuk yang ada 15 biji oren sepupu, Ming bawa. Tiga biji mempelam yang dibeli daripada Encik Rahman.
Cerita mengenai mempelam ni, bila beli ada kalanya sedap tetapi memang saya tak kenal jenis mempelam sekadar tahu nama seperti harus manis, coknam, chok anan, nam dok mai, sala, golek, gading gajah tetapi tak kenal rupa. Menurut Ustaz Yusaine, terdapat mempelam kacukan baru dari Siam namanya ADA LAGI - kerana kalau makan mempelam ini mesti tanya "Ada lagi? " Wallahuaqlam.
Mempelam yang saya guna ni sungguh sedap (entah jenis apa) manis dengan tektur ada rasa berserat. Yogurt biasa agak masam gu dengan mempelam ni memang sedap... sayangnya yogurt cuma ada satu pek.

lega tekak





Resipi:
1 pek yogurt biasa
1/2 biji mempelam
- potong mempelam letak dalam gelas
- lapis dengan yogurt

***Anekdot
Resipi biasanya guna krim segar, yogurt Greek dan krim keju, kalau ada rezeki nanti saya tunjukkan.

1 comment:

  1. Menyegarkan bila cuaca panas begini! Bboleh cuba try ni sbb ada mangga masak.

    ReplyDelete