Wednesday, April 11, 2012

Habib Ali Zainal Abidin bin Abdul Rahman Al-Jufri

Ceramah Hidup Bertuhan di Masjid al-Hidayah, Taman Melawati, 8.30 - 11.00 pagi

 gambar ehsan Goggle Images



Ulama terkenal dari Yaman.
Berdasarkan maklumat biografi beliau yang diperolehi melalui laman webnya dihttp://www.alhabibali.com/biography/ln/en
Habib Ali yang merupakan keturunan Rasulullah SAW generasi ke 34 melalui jalur Saidina Hussein r.a dari kedua-dua ibubapanya. Beliau kini merupakan Pengasas-Pengarah Yayasan Tabah yang berpusat di Emiriyah Arab Bersatu. Beliau turut memegang jawatan Timbalan Dekan Darul Mustafa, Tarim Hadramaut iaitu sebuah pusat pendidikan Islam yang semakin tersohor setelah melahirkan ramai ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia. Pengajian Darul Mustafa yang menitikberatkan akhlaq dan hafalan matan kitab-kitab turath telah menjadikan pusat tersebut sebagai benteng pengajian Islam yang semakin meningkat naik dalam menghadapi cabaran globalisasi dan pasca modernisma yang menyamaratakan dan merendahkan peranan ulama.

Habib Ali berada di Malaysia dalam rangka mengisi program yang dianjurkan oleh Yayasan Sofa sempena pelancaran Universiti As-Sofa pada 7 April 2012 lalu. Sehubungan itu, Seminar Antarabangsa Manhaj Nabawi dan Majlis Maulidur Rasul Perdana telah diadakan pada hari Ahad 8 April 2012 bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. 

Antara tokoh-tokoh terkenal dunia lain yang hadir, selain dari Habib Ali ialah:
  • Sheikh Sayyid Ahmad ibn Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki (Mekkah)
  • Sheikh Dr. Abdul Hakim Murad @ T.J. Winter (Cambridge)
  • Sheikh Prof. Dr Usamah Muhammad Al-Abd  (Rektor Universiti Al-Azhar)
  • Sheikh Prof. Dr. Faruq Hamadah
  • Sheikh Prof. Dr. Abdul Razak Al-Sa'di

No comments:

Post a Comment