Saturday, March 31, 2012

burger Kaw-Kaw

cerita semalam... gerai di Wangsa Maju Seksyen 2


tanpa cheese RM7.50 / cheese RM8.50 sebiji 


pagi ini baru mama rasa


masih sedap


sengaja dipotong - kelihatan dagingnya padat


bite terakhir... Alhamdulillah


Rupanya?
Roti burger saiz biasa tetapi ketebalan dagingnya 1 inci (daging proses), sayur salad, sos cili, sos black paper, mayo dan cheese.

Tahu apa rasanya?
Dagingnya lembut, juicy, sedikit rasa asap pada daging dan juga rasa herbs (tapi tak pasti jenisnya), tidak dibebankan dengan rasa semua sos (mild). Keseluruhannya memang sedap dan sangat berbaloi. Orang Melayu pun mampu menghasilkan burger yang sangat sedap. Mau nagis McD.

***Anekdot
Petang semalam Farhah dan kawannya Zati balik dari sekolah lama mereka, Setia Budi kerana menolong guru membuat pemilihan peserta debat. Farhah kategori bahasa Arab dan Zati untuk bahasa Melayu. Zati berpuasa dan selepas iftar mereka berdua keluar sekitar 7.50 malam kerana burger inilah.
Menurut Farhah mereka sampai sekitar 8.00 malam dan mendapat nombor giliran 111, tiga biji Farhah dan sebiji Zati. Nak tau pukul berapa Farhah dapat burger - 12.30 tengah malam!

No comments:

Post a Comment