Friday, February 10, 2012

penyediaan Dabai

Buah dabai terlebih dahulu hendaklah dicelur. Boleh dimakan tanpa dicelur tetapi ia mempunyai suatu rasa dan bau yang agak unik. Setelah dicelur rasanya lebih lemak dan baunya tidak ketara lagi.
Dabai mempunyai biji yang sangat keras seperti buah kana dan apabila dipecahkannya terdapat isi atau kacang.
Kacangnya mempunyai rasa yang sama seperti dabai yang belum dicelur tetapi lebih kuat lagi.
Biasanya dimakan dengan merendam atau mencicah dengan kicap. Jika kicap manis tidak perlu ditambah gula.
Dabai dibuat jeruk dengan merendamnya dengan kicap dan disimpan di dalam peti sejuk. Jeruk dabai biasanya dibuat nasi goreng.

celur dabai

 

buang air


 toskan



 potong dua memanjang


keluarkan biji dan pecahkannya


ada kacang


buang selaput kacang


rupa kacang


peringkat dabai - buah dan isi


biji, selaput dan kacang


kadang-kadang terdapat kacang berkembar


peringkat dabai


  jeruk dabai - rendam dengan kicap


Terima kasih Kamaliah atas info yang diberikan.

No comments:

Post a Comment