Sunday, February 5, 2012

pai epal goreng


ala-ala McD



teknik gambar seperti pai ini tersangat panjang





RASA ada tetapi RUPA tak ada seperti McD

Resipi:
KULIT
4 cawang tepung
2 sudu besar tepung ubi
1/4 bar mentega
1 sudu makan penuh minyak sapi
air sejuk peti ais
1 sudu KFC garam
- uli tepung dan minyak
- masuk air
- simpan dalam peti sejuk 30 minit

INTI
2 epal merah (Fiji)
2 epal hijau
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan air
1 sudu KFC serbuk kulit kayu manis
1 sudu makan penuh tepung jagung
1 sudu makan penuh mentega
- dadu epal
- masak epal, gula, air dan serbuk kulit kayu manis
- bila air sudah agak kering tutup api
- masuk tepung dan mentega

* canai buat seperti karipap
- boleh segi empat tepat
- boleh segi empat sama
- boleh bulat
- atau seperti bentuk karipap
(saya suka bentuk seperti karipap sebab tak remeh)


3 saiz segi empat lagi sudah dimakan 
lebih kurang 14 biji seperti dalam gambar




patut sensor - belum boleh bisness, herot-petot
tiga pertama tersilap mengangkat pai


bila potong cantik sikit


untuk makan sahaja

No comments:

Post a Comment