Thursday, November 17, 2011

roti prata tampal

roti prata jenama 'KAWAN'

goreng roti keperang-perangan - angkat


sedikit minyak, masuk telur & bawang, cili, daun bawang dsb.


letak roti prata atas adunan telur


 terbalikkan dalam pinggan


gulung panas-panas - kalau boleh


potong dan hidang


mudah dan sedap


cantik


hem...


selamat mencuba


Resipi:
5 keping roti prata
5 biji telur (saya guna 5 kuning telur lebihan pavlova dan tambah 2 biji telur lagi)
daun bawang, bawang, cili merah, garam

***Anekdot
Ketika bersama seorang rakan suri rumah, beliau menceritakan mengenai roti canai yang dibeli tetapi tidak habis dimakan biasanya menjadi keras dan perlu dipanakan semula. Rakan saya ini ada terbaca di internet mengenai roti canai yang ditampal dan mudah dimakan, dibekal tanpa perlu membawa kuahnya. Beliau belum pernah mencubanya, jadi saya pun mencuba resipi ini mengunakan teknik sendiri - mungkin beginilah caranya.
Kalau tahan menggulung panas-panas roti prata tidak akan terbuka, kalau tahan panas tahanlah bermadu he he he - kata orang-orang tua

No comments:

Post a Comment