Saturday, April 9, 2011

makin makan

asal besar ini

potong bahagi-bahagikan sambil makan

8 x 6 = 48 keping

satu bekas geng tuisyen 9 keping
&
satu bekas Sally 10 keping

Sally (jiran) suka kek ini - kebetulan dia datang pagi tadi menanya khabar Abang Jamaluddin yang meninggal Khamis lalu dan saya berikan kek ini. Beliau terus beritahu bahawa sekeping kek akan digunakan untuk sembahyang sebab mendiang suaminya memang suka kek ini. Semasa mendiang hidup (10 tahun lepas), beliau sangat sukakan kek dan selalu meminta saya buatkan terutama ketika Tahun Baru Cina. Selepas beliau meninggal, Sally minta saya buatkan kek ini selama tiga tahun berturut-turut semasa perayaan Tahun Baru Cina kerana menurutnya suaminya sangat suka kek ini, dan buat sembahyang dan lagi kerana kek ini berwarna MERAH. Bila saya berikan kek ini saya anggapkan sedekah saya kepada beliau tanpa memikirkan apa yang beliau buat. Itu soalnya, mudah-mudahan Allah beri hidayah kepadanya dan anaknya.

Luqman baru perasan kek ini ketika sampai di tuisyen daripada menghadiri hari terbuka The Otomotive College (TOC) di Petaling Jaya. Luqman menelefon saya dan menurutnya kalau dia tahu Farhah akan membuat kek, dia akan meminta buatkan sebiji untuk majlis BBQ malam ini di rumah rakannya. Luqman balik Magbrib tadi untuk mengambil flask mengisi ais dan sempat makan 2 keping.

pukul 9.00 malam - 13 keping, sempat tak esok!

Kek ini mengandungi banyak cerita bagi ramai orang sekeliling saya, baru saya perasan ketika saya menulis ini.

***Peringatan
"Kami akan memperlihatkan mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Quran itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?" Surah Fussilat : 53

No comments:

Post a Comment