Thursday, March 3, 2011

Ustaz Yusaine Yahya

Timbul soalan - Mengapa memperingati maulid nabi, kelahiran Nabi Muhammad SAW? DAN Mengapa wafat/kematian Nabi Muhammad tidak diraikan? Mengapa para ulamak seperti Imam Syafie, Imam Hambal, Imam Abdul Haddad dan lain-lain tidak diperingati maulid mereka tetapi kematian mereka yang diraikan?

Jawapannya ialah kerana para ulamak mereka melalui zaman mereka dari kecil sehingga dewasa dengan penuh tarbiah sehingga menjadi ulamak, menjadi orang alim, mempunyai ramai pengikut, ramai anak murid dan mati mereka dalam qusnul qatimah.

Rasulullah SAW diraikan maulidnya ialah kerana kelahirannya memang ditunggu-tunggu. Sirah Nabi Isa - menyebut "Aku membawa khabar gembira bahawa akan lahir selepas aku iaitu Muhammad". Dalam al-Quran "Dan tidak Kami utuskan kamu hai Muhammad melainkan untuk memberi rahmat".

Kenapa dalam al-Quran Allah tidak memuji bentuk badan Nabi Muhammad? Sedangkan para sahabat meriwayatkan secara terperinci seperti:
1. bentuk badan - putih kemerah-merahan,
2. wajah - bulan mengambang; matahari berjalan,
3. peluh - tersangat wangi sehingga kalau nabi melalui di suatu lorong, lorong itu akan berbau wangi sehingga beberapa hari; peluh nabi dicampur dengan minyak dijadikan minyak wangi;
4. tangan -bersalam dengan nabi - tangan akan melekat bau wangi. Tapak tangan nabi seperti sutera, sehingga wuduk nabi hanya memerlukan satu mud (air bertakung dalam dua tapak tangan sahaja) kerana tangan nabi lembut, licin dan air mudah mengalir.

Tetapi yang Allah puji Nabi Muhammad SAW yang disebut di dalam al-Quran "Muhammad, engkau mempunyai akhlak terbaik", "Engkau menjadi tauladan dan ikutan".

**Peringatan
"Bersederhanalah dalam mencintai dan membenci. Sesungguhnya ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai. Dan sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci". Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab ai-Iman.

No comments:

Post a Comment