Saturday, March 19, 2011

SUPERMOON 19 Mac

BULAN BESAR

Ulasan Ustaz Zaki petang tadi meyebabkan saya mencari SUPERMOON di sebelah malam. Saya dapat melihat bulan bulat, besar dan terang selepas Maghrib ketika dalam perjalanan menghadiri kenduri di Taman Cempaka. Saya petik SUPERMOON ini ehsan dari http://aburedza.wordpress.com/ Ramai blogger membincangkan SUPERMOON

Supermoon, Perigee, Bulan Penuh, apa semua ni?

Sumber: http://www.falak-online.net/portalfalak/supermoon-perigee-bulan-penuh-apa-semua-ni


Semalam Bulan berada pada kedudukan paling hampir dengan orbit, iaitu dipanggil sebagai perigee. Di dalam setiap satu kitaran atau pusingan bulan mengelilingi Bumi, disebabkan orbit bulan bukan berbentuk bulat, tetapi elips, maka akan ada ketikanya ia berada hampir dengan bumi (perigee) dan ada ketika ia berada jauh dari bumi (apogee). Jaraknya dengan bumi di sepanjang laluan orbitnya tidak sama.

(Image credit )

Berapa jauh Bulan semalam?

Bulan berada pada jarak 357,000 km.

Ada ke, ketikanya ia lagi dekat dari jarak tu?

Memang ada pun. Setiap kali bulan perigee, jaraknya tidak sentiasa sama. Paling dekatpun ialah pada 354,000 km. Masa Bulan apogee (paling jauh), ia boleh mencecah 410,000km.

Apa kesannya dengan Bumi?

Seperti yang kita selalu mengalaminya setiap hari, iaitu pasang surut air laut. Cuma dalam kes-kes tertentu seperti ketika bulan dalam kedudukan perigee ini, air pasangnya lebih tinggi daripada biasa (tetapi tak adalah sampai tahap bencana).

Gempa di Jepun?

Ketika gempa bumi di Jepun, 11 Mac 2011. Ketika itu, jarak Bulan ialah 390,644 km !! Maknanya, ia bukan berada pada kedudukan paling hampir pun, malah ia nak berada hampir pada titik yang paling jauh di dalam orbitnya! Pada 19 Mac nanti, ketika ia di perigee, jaraknya 355,167km. Beza jarak hampir 9%. Cuba bandingkan dengan perigee bulan penuh yang lepas, iaitu 30 Jan 2010, jarak masa tu 356,607 km. Beza 1% je. Apa yang berlaku pada masa tu?

Supermoon? Apa tu?

Istilah supermoon ni tiba-tiba jadi popular sejak dua menjak ni. Ia sebenarnya asal dari seorang ahli astrologi (ahli nujum) Richard Nolle, yang meramalkan akan berlaku bencana pada 19 Mac ini kerana Bulan berada pada kedudukan amat hampir dengan bumi.

Ye ke? Tapi masa bencana tsunami dulu tu, bulan pun dekat dengan perigee!

Ye ke? Cuba periksa balik. Pada ketika bencana 2005 tu berlaku, tarikhnya ialah 26 Dec. Bulan ketika itu pun paling jauh dengan bumi, malah tarikh perigeenya pun 2 minggu SELEPAS bencana tersebut.

Kemudian berdasarkan kiraan di laman web http://www.fourmilab.ch/earthview/pacalc.html

Kita boleh lihat pada 19 Mac ini, bulan berada 356,577 km. Pada tarikh 12 Disember 2008, bulan masa tu berada 356,567km! Lagi dekat. Tarikh 8 Mac 1993 (18 tahun dulu), lagi dekat… 356,529km.

Oh begitu. Jadi apa yang menarik akan berlaku semalam?

Bulan penuh kelihatan 15% lebih besar daripada biasa. Dan bersinar 30% lebih terang dari biasa.

Ye ke? Tak percaya la.

Kalau tak percaya, cuba ambil gambar bulan pada malam tersebut, guna lens 200-500mm. Kemudian sebulan kemudian, pada bulan penuh akan datang, ambil lagi sekali gambar bulan penuh masa tu, dan buat perbandingan. Ini bukan cakap kosong, tetapi eksperimen yang amat mudah dan boleh dibuat oleh sesiapa pun.

Gambar kat internet semua dari orang barat. Boleh percaya ke? Entah-entah copy paste je.

Kalau masih ragu-ragu, tengok forum Falak Online di SINI. Ramai dah ambil gambar bulan penuh perigee tahun lepas

Ok, ok,Dah faham dah sekarang. Apa rujukan lain yang boleh dibaca?

Cuba tengok sini http://transit.savage-garden.org/en/the-biggest-full-moon.html Ada jadual yang menunjukkan tarikh Bulan Penuh Perigee untuk abad ini.

Lagi rujukan di sini

http://earthsky.org/earth/73765.

Terima kasih ABU REZA atas info.

***Peringatan

Orang alim tetap kekasih Allah walaupun dia fasik. Orang jahil tetap musuh Allah walaupun dia soleh.

No comments:

Post a Comment