Sunday, February 6, 2011

back to square one

... dah sunyi semula

***Peringatan
Takrif solat;
1. Takrif zahir/takfrif biasa - ucapan, perbuatan, dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam.
2. Takrif hakikat solat - berhadaplah hati/jiwa kepadaNya, menumbuhkan rasa takut kepadaNya, merasakan keagunganNya, kesempurnaanNya dan kekuasaanNya.
3. Takfir lain - menzahirkan hajat kepadaNya, minta pertolongan kepadaNya dengan sabar dan solat. Allah yang kita sembah dengan perkataan dan pekerjaan, lantaran solat itu ialah doa.
4. Takfir jiwa solat - ruh solat berharap kepada Allah sepenuhnya jiwa (mula daripada wuduk lagi, buang dunia sebab fokus hanya kepada Allah) datangkan khusyuk, ikhlas dan hadirkan hati., baik dalam berzikir.

Erti mendirikan solat menurut pandangan;
1. Ibnu Khasir - dengan mengerjakan segala rukun.
2. Ibnu Abbas - dengan menyempurnakan rukuk, sujud, tilawah, khusyuk dan melakukan solat sempurna sesempurnanya.
3. Ibnu Qatadah - dengan tetap memelihara waktu, wuduk, rukuk dan sujudnya.

No comments:

Post a Comment